- Konsep hirarki ruang, Tri Loka atau Tri Angga
- Konsep orientasi kosmologi, Nawa Sanga atau Sanga Mandala
- Konsep keseimbangan kosmologi, Manik Ring Cucupu
- Konsep proporsi dan skala manusia
- Konsep mahkamah, ruang terbuka, atau natah.
- Konsep kejujuran bahan bangunan.
Untuk membuat sesuatu rumah atau bagunan di bali, kita perlulah berdasarkan pada 6 item di atas. Dan untuk permulaan kita menggunakan Konsep Tri Hita Karana yang meliputi tentang:-
- · Hubungan antara manusia dan persekitaran.
- · Hubungan antara sesama manusia dan manusia.
- · Hubungan antara manusia dan dewa.
Konsep Tri Hita Karana adalah berkaitan dan sama dengan konsep Tri Angga kerana ia menggunakan 3 konsep juga.
Apakah Tri Angga???
Tri Angga adalah konsep dasar yang berkaitan dengan perancangaan seni bina, yang merupakan asal-usul Tri Hita Kirana (Atma, Angga dan Khaya). Konsep Tri Angga merupakan sistem pembahagian zon atau kawasan dalam perancangan seni bina traditional Bali. Ia membahagi segala sesuatu menjadi tiga komponen atau zone, iaitu:-
· Nista (bawah, kotor, kaki),
· Madya (tengah, netural, badan) dan
· Utama (atas, murni, kepala)
No comments:
Post a Comment