Thursday, November 25, 2010

Kenapa masjid lama mempunyai 3 lapis bumbung





  • Contoh masjid lama yang mempunyai bentuk bumbung berlapis-lapis ialah Masjid Demak di Jawa, Masjid Kampung Laut, Masjid Tengkera di Melaka, Masjid Batak Rabit, Perak dan beberapa tempat lain seluruh Malaysia.

  • Setiap lapisan-lapisan ini membawa pengertian mengenai tahap yang perlu dilalui manusia untuk mencapai makam atau kubur.

  • Bermula dari syariat, tariqat, hakikat dan makrifat. Barulah manusia dapat mencapai tahap mengenal Allah S.W.T.

  • Masjid Bumbung 3 lapis mempunyai falsafah Islam yang sangat tinggi, iaitu:-

1.Atap pertama - menjunjung Syariat
2.Atap kedua - menguasai Hakikat
3.Atap ketiga - mencapai Maarifat

dan puncak (Telunjuk Langit/kadang2 bentuk bulan sabit bintang) perjalanan tamat,sampai ke ALLAH swt yang SATU semula.

  • Tujuh tingkat juga sebagai lambang untuk menyucikan tingkatan-tingkatan nafsu bermula dari nafsu lauwamah hinggalah nafsu mutmainnah.

  • Manakala menara yang satu melambangkan huruf alif iaitu Allah S.W.T. yang merupakan elemen tunggal.

  • Seluruh bentuk masjid menggambarkan jiwa hambanya yang ingin kembali ke Tuhannya yakni Allah.


1 comment:

  1. Dari segi rekabentuk, ia juga membolehkan udara panas keluar dan diganti dgn udara sejuk supaya ruang dalam masjid sentiasa nyaman dan selesa untuk para jemaah.

    ReplyDelete